Tuesday, November 07, 2006

Bismillah Hirahmanirahim

Terlebih dahulu aku mengucapkan shukur kehadrat Ilahi serta salawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhamad S.A.W.

Entah kenapa malam ini agak sukar utk aku melelapkan mata, fikiranku asyik terkenangkan masa2 lalu sewaktu aku bersama teman2 berlatih bermain kompang marawis. Lalu tercetuslah idea aku untuk memasukkannya kedalam blog. Maka hari ini lahirlah blog “Cinta Salawat” J.

Kompang ini agak berlainan sikit dari kompang biasa, ianya bulat dan mempunyai dua bahagian yang boleh dipukul. Hajir adalah ibu kompang berdaimeter 45cm dengan tinggi 70cm, manakala marawis adalah anak kompang lebih kurang berdaimeter 20cm dan tinggi 19cm. Antara alat lain yang dimainkan bersama Hajir marawis ialah seruling.

Asal usul Hajir marawis ini mengikut Guru aku adalah dari Yaman. Dibawa dan dipopularkan di Indonesia oleh Arab Yaman dari keturunan Haba'ib (di malaysia terkenal dengan Syed). Alat ini biasanya dimainkan ketika majlis salawat (marhaban).Antara kumpulan yang terkenal di Indonesia ialah kumpulan Hajir Marawis Bondowoso.

Aku mula2 mempelajari marawis ketika aku masih bujang hinggalah anak kedua aku berumur setahun. Biasanya kami berlatih waktu malam kerana kebanyakan kami semuanya sudah bekerja. Lokasi latihan kami berubah2 hinggalah diberi keizinan utk berlatih di sebuah masjid di Bkt D. Latihan hanya boleh dimulakan selepas semua jemaah selesai solat Isyak. Ini kerana pukulan marawis ini agak kuat dan boleh didengar dari jarak lebih kurang 100 mtr.

Marawis ini mempunyai beberapa pukulan iaitu pukulan 1(tanya),2(jawab),rofel 1,2 dan 3. Dari segi rentak pula terdiri dari rentak zapin arab,sarah,baladi dan berbagai lagi rentak arab yang kebanyakannaya boleh di masukkan dengan hajir marawis.

Guru kami adalah seorang Haba'ib dari keturunan Al Attas. Beliau dalam lingkungan usia 30an. Cara beliau mengajar kami agak tegas (ala tentera), walaupun beliau sendiri tak pernah memasuki tentera J, Di Jakarta beliau terkenal dengan gelaran “MARAWIS”. Begitulah hebatnya beliau walaupun masih muda. Allahyaraham Ayahnda beliau juga adalah pemain Hajir yang Mashur di Indonesia.

Antara salawat yang dinyanyikan adalah dari buku Maulud Dibai (Dibak), serta beberapa buku lain, antara lagu yang sering kami mainkan ialah, Salawat Badar (Talaal Badrul Alaina), Ya Rasullah, (lagu aci2 buka pinta yang dinyanyikan oleh P.Ramli adalah meniru rentak Ya Rasulullah) Ya Nabi Salam Alaika, Sallah Ala Muhammad,Qul Ya azim, Annabi Sollu Alaih serta banyak lagi.

Pada mulanya agak sukar utk aku mempelajarinya almaklumlah sebelum ini aku tak pernah mempelajari sebarang kompang. Beliau sering menyarankan agar kami sering mendengar muzik agar mendapat rythem (tempo) agar pukulan sentiasa tepat mengikut tempo kerana jika pukulan pertama tersasar dari tempo maka pukulan kedua dan rofel sukar utk memasukinya, Ini kerana hajir marawis memerlukan kesefahaman dan kepekaan antara pemain. Pemain harus konsentrasi sewaktu bermain dan tidak boleh mengingati perkara lain. Cara memukulnya ialah dengan menggunakan seluruh permukaan tapak tangan mengenai marawis tersebut dan hanya mengerakkan sekitar pergelangan tangan dengan selemas yang mungkin. Antara latihan yang wajib dilakukan sendiri dirumah ialah latihan mengerakkan kedua tapak tangan secara berselang seli selemas-lemasnya(perkataan yang sering digunakan guruku beerti menggerakkan tapak tangan tampa menggerakan lengan dan bahu selembut yang mungkin tampa dipaksa).

Menurut guruku jika sudah mahir pukulan marawis menjadi lebih mudah untuk memukul percussion yang lain seperti kongga, darbuka, tamborin dan lain-lain.

Antara lain yang kami pelajari semasa latihan adalah tarian Zapin Arab. Ini adalah tarian yang paling aku gemari, walaupun aku kaki bangku hahahaha, aku yang tak pernah belajar menari sebelum ini telah terpikat dgn tarian ini. Ia mempunyai seninya yang tersendiri seperti kita menari sambil melakar kan huruf Lamalif (Lamjalalah).Ianya boleh dipelbagaikan seperti bepusing beberapa kali dilantai kemudian bangun semula mengikut rentak. Antara lain jika diamalkan boleh menyihatkan badan dan menguatkan kaki. Ada yang boleh menari tarian ini sehingga berjam2 lamanya.

Aku adalah antara bekas angota kumpulan yang agak mashor di Bkt D.Kami sering di jemput untuk majlis cukur jambul,kahwin,bertunang,masuk rumah baru, sambutan mauled nabi di tempat terbuka seperti KLCC, dan apa saja majlis yang inginkan salawat kami sudi menghadirinya. Tentang bayaran antara dari 1,500- 5000, bergantung pada majlis. Ada juga majlis yang kami lakukan dengan sukarela dengan hanya mangharap reredaan Ilahi dan keberkahan Rasulullah. Kerana besar fathilat Salawat keatas Nabi. Antara pencapaian tertinggi kumpulan ini membuat persembahan di rumah Tun semasa beliau masih P M dan Pak Lah semasa beliau masih T.P.M. dan juga beberapa menteri.

Buat masa ini aku berada diperantaun, di negara arab yang kaya dengan minyak. Walaupun hatiku agak berat utk meninggalkan kumpulan ini demi utk mencari rezeki aku terpaksa juga. Utk mempercepatkan membayar hutang2 rumah dan kereta yang aku tanggung terpaksalah berkorban. Hutang kereta aku dah hampir habis hanya tinggal utk beberapa bulan saja lagi. Alhamdullilah gaji aku disini agak lumayan juga, sebulan disini lebih kurang sama dgn 5 bln bekerja di tanah air .. Inilah yang membuatkan aku bertekad untuk keluar negara walaupun hanya utk setahun cuma.

Di Johor juga terdapat beberapa kumpulan yang mahir bermain alat Hajir Mariwis. Kebanyakan nya dari kumpulan Gambus. Mereka juga mahir menarikan tarian zafin serta sarah. Aku paling asyik memdengar irama gambus walaupun kebanyakan dimain kan dalam bahasa Arab. Ia menghiburkan rohaniku, kerana ketika asyik dengar irama ini lantas hati mengigatkan kepada pencipta lalu terucap dibibir "Ya Salam" "Ya Salam" "Ya Salam" ..

Guruku juga pernah dijemput mengajar kumpulan diJohor, Oleh kerana jarak dari K.L ke Johor agak jauh, beliau hanya sempat mengajar mereka beberapa kali sahaja. Beliau juga mahir bermain apa saja jenis percussion. Beliau juga pernah dijemput bermain bersama beberapa kumpulan Gambus yang mashur untuk persembahan secara life dan rakaman album.

Inshallah aku akan pulang ke tanah air pada awal tahun 2007. Dengan harapan dapat kembali bermain Haijir Marawis bersama teman2ku lagi. Walaupun hanya sekadar hiburan buat diriku. Yang paling aku rindukan adalah rentak zapin ,ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk aku pelajari. Tapi bila sudah dapat teknik pukulan, sukar untuk melupakannaya