Thursday, April 10, 2008














Karachi ,Pakistan
Tugasanku kali ini ialah diKarachi. Satu tempat yang belum pernah aku lawati. Walaupun kedengaran desas desus yang mengatakan Pakistan adalah tempat yang merbahaya pada waktu ini. Demi tugas dan Pakistan adalah Negara Islam,aku nekad juga datang kesini.

Aku tiba di Karachi tepat pada hari Benazir Butto mati dibunuh.Setibanya aku di guest house terus tidak dibenarkan keluar atas faktor keselamatan . Setiap hari selama lima hari kami hanya makan nasi dengan telur, ini kerana semua pekedai tidak berniaga.Yang boleh di dapati hanya telur dan sayuran sahaja.
Hari ini sudah hampir dua bulan aku diPakistan.Tugas aku memerlukan aku pergi ke setiap daerah sekitar Kaarachi.Setiap hari aku bersama pemandu dan guard yang siap dengan pistol pergi ke site yang diberikan. Seperti biasa kami bertolak pagi dari guest house ke pejabat untuk mengambil tugasan yang akan diberikan .Tugas kau banyak kepada supervise pemasangan,intergration dan trouble shooting.
Dalam perjalanan ke site,aku banyak melihat benda baru yang jarang sekali aku dapat lihat,seperti kereta kaldai,unta dan kuda yang kelihatan di setiap jalan sini.Cara pemanduam di sini amat teruk sekali sehingga perlu membunyikan hon sitiap kali ingin membelok atau memotong. Ini kerana semua kenderaan termasuk motosikal ,reksha,kerata kaldai,lori dan lain kenderaan berada di semua lorong walaupun meraka memandu laju atau perlahan.

Monday, February 19, 2007

Pulangnya perantau ketanah air

Terbaru aku pulang ketanah air kerana ada pangilan kecemasan.Ayahndaku di masukkan ke hospital. Setelah hampir setahun tinggal diperantauan. Aku pergi ke MAS office untuk mendapatkan tarikh untuk pulang, setelah diperiksa kerani yang bertugas, aku hanya ada dua pilihan antara pulang sore dihari yang sama atau tunggu hingga aidil adha. Setelah berfikir panjang aku tiada pilihan lain selain pulang pada 16 Dec 06. jika aku tunggu hingga 31 dec bimbang sebarang kejadian tidak di ingini berlaku terhadap Ayahnda ku.

Setibanya aku kampong halaman, aku disambut dengan pelukan dan cuiman oleh bonda tercinta, Maklumlah hampir setahun aku tak pulang. Alhamdullilah setelah tiba dirumah ayahnda ku telah dibenarkan keluar dari hospital.

Dari hari ke hari ku lihat ayahndaku semakin pulih dan kembali ceria walaupun beliau menderita penyakit diabetis.

Setelah semingu berada di kampong aku pulang ke ibu kota kerana masih ada banyak urusan yang nak di uruskan. Dari membayar segala bil-bil yang tertunggak hinggalah kepada renovate rumah.

Alangkah baiknya jika aku dapat dan bersantai di tepi pantai sambil bermain jet ski atau snorkeling.

Sambil berehat di rumah aku terbaca artikel ini karangan Syed Husain Al Attas
Beliau adalah penulis dan Habib yang amat aku kagumi.

HIDUNG MACAM MUNCUNG ?, TELINGA MACAM KELDAI
PUKUL tujuh pagi, hari Isnin, 25 Ramadhan 1427 bersamaan 16 Oktober 2006, sementara menunggu putera saya, Kamal Arif disiapkan oleh ibunya untuk ke sekolah, Ali Redza, anak saya yang baru berumur 2 tahun sedang melihat-lihat buku Disneys Stars Book Collection. Saya menceritakan pada Ali Redza bahawa hidup tak boleh cakap bohong, nanti hidung jadi panjang macam belalai gajah.
"Pinocchio, if you are brave, truthful and unselfish, you will be a real boy someday."
Dialog di atas adalah dialog antara Blue Fairy kepada Pinocchio. Apakah anda masih ingat Geppeto, si pembuat anak patung dari kayu? Dia tak punya anak, dia terlupa bahawa anak patung kayu buatannya itu boleh bertukar jadi anak manusia dengan kuasa Allah seperti Adam a.s yang dicipta dari tanah.
Saya pernah menemani Kamal Arif yang umurnya baru enam tahun tapi sudah boleh membaca Inggeris dan Melayu menonton siri animasi Pinocchio di televisyen. Bagi anak saya yang sekecil itu, Pinocchio mungkin sekadar sebuah cerita kartun yang berwarna-warni dengan watak-watak yang comel dan menyeronokkan. Tapi sebagai seorang penulis, saya berfikir betapa filem Pinocchio ini ada nilai spiritual y ang cukup tinggi yang perlu difikirkan oleh orang politik yang suka berbohong, leka dan penakut. Memang bijak penulis cerita ini. Tentu dia banyak membaca kisah-kisah kesufian. Saya melihat cerita Pinocchio sesudah saya terbaca tulisan Hamzah Yusuf dari Amerika yang dulunya Kristian tapi kini dah bertukar menjadi pendakwah Islam yang terkemuka.
Dengan adanya latar belakang kerohanian kita, tengok cerita kartun pun kita boleh kaitkan dengan politik. Bayangkan jika ahli politik bercakap suka menabur janji-janji palsu, leka dengan kuasa, betina dan duit mukanya bertukar menjadi ‘babi’? Bila mukanya rosak, orang benci akibat sifat dayus dan munafiknya.
Begitulah rupa manusia munafik dari pandangan insan mukmin yang dianugerahkan dengan pandangan kasyaf iaitu dapat melihat dengan mata hati. Ketika masuk ke dalam masjid ada saja manusia yang dilihat kepalanya macam ular, monyet atau babi.
"The creatures out side loleed from pig to man, from man to pig, and from pig to man again, buat already it was impossible to say which was which"
- The Animal Form
George Orwell
Kata-kata dari fairy ‘malaikat’ mengingatkan kita bahawa manusia perlu ditemani oleh akal kerana akal saja yang dapat membezakan antara yang salah dan yang betul atau antara kebaikan dan kejahatan bukannya sekadar kecerdikan dan ilmu pengetahuan saja.
Manusia perlu berani, jujur, ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri, puak dan keluarga maka kita akan menjadi manusia yang mulia bukan sekadar di sisi masyarakat tetapi juga mulia di sisi Tuhan. Bukankah kemuliaan di sisi Tuhan itu yang kita semua cari selama ini?
"A man is Nobel not because he come’s from Nobel family but because he has done Noble deals."
Masih adakah lagi pemimpin atau ahli-ahli politik yang ada jawatan bersikap berani, jujur dan tidak mementingkan diri sendiri dan berhati mulia?

Termasuklah editor akhbar, media massa dan mereka yang suka menuduh penulis politik sebagai penulis upahan? Beranikah mereka menegur atau mengkritik serta menegak dan mempertahankan kebenaran terhadap tangan yang menyuap mulut mereka? Apakah pemimpin hanya berani jadi penipu dan penyamun, perompak, pengkhianat atau menzalimi rakyat yang tak berdaya seperti Thaksin yang akhirnya digulingkan oleh tentera di Thailand?
"Beliau gemar dipanggil Police Lt. Colonel Thaksin Shinawatra,"
kata seorang pegawai kanan yang tidak mahu disebut namanya.
Thaksinization demikian istilah baru dalam bahasa Inggeris mengenai peranannya sebagai Perdana Menteri. Akhirnya beliau digulingkan dalam rampasan kuasa pihak tentera semasa menghadiri sesi khas Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York bersama para pemimpin dunia lain.
Cerita bermula pada hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri dengan makan tengah hari secara sederhana dengan wakil-wakil Forum of The Poor, sebuah organisasi yang telah mengajukan pelbagai bantahan bersabit masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat miskin.
Juga disebut betapa selepas mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya 6 Januari 2001, Thaksin memandu kereta Porsche ke sana-sini di Bangkok dan singgah minum di sebuah kafe Starbucks.
Dari satu segi Thaksin berupa wakil golongan orang kaya baru warga Sino-Thai. Beliau sendiri seorang billionaire dan kerana itu dianggap tidak boleh terlibat dalam kejadian-kejadian rasuah seperti dilakukan oleh sesetengah pihak.
Kisah mengenai kerjayanya dalam arena politik diceritakan dalam buku berjudul The Thaksinization of Thailand (Nias Press, Denmark 2005) yang ditulis oleh seorang penyelidik warga Thai dari Institut Pengajian Asia Universiit Leeds, UK.
- Mazlan Mordin,
Mingguan Malaysia, 15 Oktober 2006
Siapa tahu 50 atau 100 tahun lagi dari sekarang, jika ada orang yang akan membaca buku saya yang ke-50 ini dapat memahami setiap mesej yang tersirat yang cuba saya sampaikan di dalam Trilogi: Macam-Macam Ada 1, 2 dan 3.
Benarkah ‘pergaduhan’ Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dengan bapa saudaranya, Tun Rahman Yaakub hanyalah satu sandiwara? Sudah sampai masanya cerita ini dibongkar supaya kemarahan rakyat Sarawak terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi dapat difahami sebabnya.
Pemerintahan Taib Mahmud yang didakwa mengamalkan unsur nepotisme, kronisme serta melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akidah Islam dengan melakukan kerja khurafat dan macam-macam lagi perlu dibuktikan kesahihannya.
Dalam kehidupan ini, manusia tak boleh lari dari peperangan, perselisihan faham, kebencian atau sakit hati terutama bila jiwa sudah dibeli dengan keduniaan. Dalam mencari keamanan adalah menjadi hak dan tanggungjawab kita agar berpesan sesama kita seperti yang dituntut oleh al-Quran. Yang salah harus diperbetulkan, yang jahat harus dibaiki, yang sesat harus ditunjukkan jalan dan yang marah-marah harus diredakan hatinya.
Setiap kali air bah pasti pantai akan bertubah. Suharto dijatuhkan melalui reformasi, Thaksin dan Marcos jatuh dengan kuasa tentera. Dan seorang Presiden Amerika pula jatuh hanya melalui sebuah buku bertajuk All The President’s Men .
Satu ketika dulu seluruh dunia bercakap tentang kewibawaan luar biasa dua wartawan Washington Post menumbangkan Presiden Nixon. Kisah mereka dilanjutkan dalam filem All The President’s Men (1976) agenda memerangi penyelewengan yang dianggap paling berjaya.
Kemunculan filem ini tepat pada masanya. Ketika masyarakat Amerika telah lama hilang keyakinan terhadap kewibawaan wartawan, media dan etika kewartawanan, All The President’s Men mengangkat maruah dan tanggungjawab profesion yang tidak kurang kontroversinya ini.
Pengarah filem All The President’s Men, Alan J.Pakula setidak-tidaknya telah memikul tanggungjawab untuk mengemukakan skandal Water Gate kepada masyarakat dengan kekuatan filemik.
Keyakinan terhadap media dipulihkan dengan menampilkan tugas-tugas yang penuh ranjau wartawan Washington Post seperti yang digambarkan dalam buku tulisan Carl Bernstein dan Bob Woodward.
Filem ini sebenarnya bertolak daripada kisah benar skandal Water Gate yang membawa kejatuhan Nixon. Watak-watak yang memegang teraju drama pendedahan yang paling berisiko ini tidak lain daripada wartawan. Dan tiba-tiba Washington Post muncul sebagai media rakyat.
Bagi banyak orang, menerusi All The President’s Men , Washington Post telah melakukan yang terbaik untuk memulihkan keyakinan masyarakat terhadap profesion wartawan. Maka tidak hairanlah Washington Post dianggap wira kerana berani menerangi penyelewengan itu.
Sama seperti bidang profesion lain, tidak semua yang jujur dalam etika kerja mereka. Tetapi tanggungjawab sosial yang penuh risiko yang dilakukan oleh Washington Post dan diperkuatkan dengan gaya persembahan Alan J. Pakula, wartawan cuba dijadikan antara profesion yang memperjuangkan rakyat.
Filem ini setidak-tidaknya telah berlaku adil terhadap profesion wartawan. Watak wartawan memperlihatkan keazaman memperjuangkan keadilan, mengembalikan kemanusiaan dan menjadi tunggak untuk menjungjung demokrasi.
Apa lagi istilah yang paling mulia dalam sistem pentadbiran kalau bukan demokrasi. Tetapi pada masa yang sama demokrasi ada kasta tersendiri hingga istilah mulia itu diperalatkan sewenang-wenang.
Siapa sangka watak wartawan New York Times, Sydney Schanberg tiba-tiba menjadi penting ketika dunia bercakap tentang kekejaman manusia terhadap manusia. Dia membuka mata dunia tentang kekejaman yang berlaku di negara sebelah sini.
Rencana The Death and Life of Dith Pran tulisan Schanberg yang disiar dalam New York Times telah didramatikkan dalam filem The Killing Fields arahan Roland Joffe. Sekali lagi wartawan menjadi profesion berisiko tinggi, terdedah kepada prejudis politik dan mengemukakan kemanusiaan yang tipis di Kemboja.
Sekalipun The Killing Fields ada kecenderungan Hollywood memperlihatkan kekejaman di Asia khususnya Kemboja tetapi filem ini ada usaha memulihkan kemanusiaan yang hilang. Wartawan nampaknya terus menjadi mata dan telinga keadilan.
- Ku Seman Ku Husein
Utusan Malaysia, 4 Disember 1997
Bercakap semula tentang politik Sarawak, saya teringat kepada Allahyarham Rosli Dhoby, pejuang yang pernah digelar pembunuh. Kerana membersihkan nama Rosli Dhoby dalam sejarah negara sebagai pahlawan Melayu, seperti yang tertulis dalam buku sejarah Sarawak sebelum ini, saya pernah menjadi mangsa dilokap dan dihalau keluar dari Sarawak. Alhamdulillah, hari ini orang ramai boleh melihat pusara Rosli Dhoby di Makam Pahlawan di Sibu.

Perjuangan saya kepada Rosli Dhoby sudah pun selesai. Namun, selagi Taib Mahmud masih berkuasa selaku pemimpin hilang akal, perjuangan masih belum selesai. Rosli Dhoby berani menentang penjajah tapi apakah kerana yang menjadi penyamun atau penipu besar itu bangsa kita, kita butakan mata atau pekakkan telinga? Ke mana perginya roh Islam yang sepatutnya hidup dalam sanubari kita?
Jika Rosli Dhoby sanggup membuang usia muda dengan mati di tali gantung, apakah di Sarawak tiada pahlawan moden yang berani? Tapi janganlah berani sampai nak ikat bom di badan atau bunuh orang pula. Zaman ini manusia perlu berlawan atau berjuang dengan menggunakan akal.
Jika benar ada yang tidak kena dengan pemimpin di Sarawak hari ini, takkanlah hendak dibiarkan hingga nasib bangsa terkulai di tepi sungai sama seperi berpuluh tahun dulu. Negara dah hampir 50 tahun merdeka, nasib bangsa Melayu Sarawak bagaimana?
Di Thailand, rakyatnya berani menolak pemimpin yang korupsi. Walaupun baru 5 tahun memerintah Thai, Thaksin tak diberi peluang untuk menghisap darah rakyat Thai selama-lamanya. Akibat sikap bongkak, kejam pada orang Islam dan cuba menjadikan Thailand seperti Thai Corp., orang ramai bersama raja yang bersikap peduli tentang kebajikan rakyatnya menolak Thaksin dengan kuasa tentera. Taib Mahmud dah memerintah Sarawak 25 tahun bukan 5 tahun saja macam Thaksin.
Sampai bila orang Melayu di Sarawak sekadar merungut di kedai kopi, di warung-warung saja atau dengan menggunakan surat terbuka atau menggunakan surat layang saja. Tanah orang Melayu di bandar habis! Melayu jadi mangsa pembangunan. Kalau menangis keluar air mata darah, bukan ada pemimpin politik yang berani ke depan pun.Hanya jadi ahli UMNO saja boleh menyuarakan isi hati dalam Perhimpunan Agung nanti. Mungkinkah ini yang ditakuti Taib?
Kenapa saya perlu mendokumentasikan apa saja yang berlaku di keliling saya terutama mengenai pemimpin negara dan pemimpin dunia? Ini kerana saya malu dari dulu hingga sampai hari ini, kita masih terpaksa membaca Kisah Pelayaran Abdullah Mushi kalau nak tahu tentang Melayu di zamannya atau Ibnu Bathutah dan Marco Polo. Apa sumbangan kita untuk bangsa dan negara di bidang persuratan?
Kalau saya ini penulis katak bawah kaca lainlah. Saya sudah mengembara hampir ke seluruh dunia dan dah jumpa macam-macam jenis manusia.
Kini kita dah jadi Melayu ‘glokal’, meminjam kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mahukan kampung buku, siapa lagi kalau bukan penulis yang mesti mengisi perpustakaan yang kosong dengan buku sejarah bangsanya sendiri? Susah sangatkah hendak tulis buku?
Saya pilih tajuk Macam-Macam Ada untuk trilogi saya kali ini bukan kerana meniru sesiapa. Sebenarnya asal perkataan `macam-macam ada’ ini adalah dari buku saya yang ke-23 pada tahun 1992 dalam buku Memo Kepada Perdana Menteri.
‘Saudara Dr. Mahathir,
Ingatkah saudara pertemuan kita di Pulau Besar, Melaka di bumi yang mana bersemadinya jasad seorang ‘karamah’ wali Allah yang bernama Sheikh Ismail? Ketika itu saudara hadir untuk merasmikan Tapa Nyai Island Resort iaitu pada 4 September 1991. Saudara bertanya kepada saya, `Nak tulis apa pula ni?’. Saya tersenyum, jawapannya tentulah banyak benda yang nak ditulis. Saya nak tulis macam-macam antaranya ialah sebuah memo untuk saudara, kawan dan juga Perdana Menteri saya yang mengandungi macam-macam cerita.’
Maka inilah sebabnya lahir buku Macam-Macam Ada (1) - Memo Untuk Pak Lah.
`Insaflah bahawa saudara patut berundur diri secara terhormat seperti yang telah dilakukan oleh Tun Daim. Selain dari saudara ada dua tiga orang lagi Menteri Besar yang patut saudara turunkan dan tukarkan dengan orang baru terutama Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Alasannya bukan kerana dia tidak baik atau sudah terlalu tua, tetapi berhentilah sebelum terlalu banyak kerosakan berlaku di negeri tersebut akibat beliau sudah tidak dapat diterima lagi. Padahnya, bila saudara tidak mendengar nasihat saya itu, akhirnya Terengganu jatuh ke tangan PAS.’
Petikan:
Memo Kepada Perdana Menteri (1992).
Harapnya trilogi ini dan 50 buah buku saya yang lain tidak dibakar oleh ulama seperti Nuruddin Al-Raniri yang membakar kitab tulisan Maulana Sheikh Hamzah Fansuri dan seperti yang juga dilakukan puak Taliban di Afghanistan apabila buku di perpustakaan dimusnahkan. Juga seperti yang dilakukan oleh Ganges Khan ketika menghancurkan Iraq, hitam warna air Sungai Furat.
Mereka yang ada kuasa boleh membuat apa saja seperti yang dilakukan oleh Presdien Suharto di Indonesia, Marcos di Filipina, Thaksin di Thailand kerana kuasa berada di tangan mereka. Mereka terlupa kuasa itu amanah. Taliban yang berasal dari perkataan ‘Talib’ dalam bahasa Arab yang bermakna penuntut sepatutnya mencari ilmu, membaca dan mengajak orang ramai membaca serta berfikir. Jangan jadi ‘khawarij’ yang fanatik. Akibat melanggar perintah Tuhan, sesudah tak mahu membaca mereka menolak al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w sedangkan membaca itu mentaati perintah Allah, ‘Iqrak’.

Tapi apa yang dilakukan oleh mereka ialah membakar kitab-kitab yang mengandungi ilmu selain membunuh orang Islam yang tidak bersefahaman dengan mereka terutama sesama Islam. Mereka juga telah memusnahkan patung Buddha yang tertua dan terbesar di dunia.
Ini yang saya tak faham. Macam mana Osama ben Laden boleh menerima pujian dan sanjungan sedangkan apa yang mereka lakukan jauh terkeluar dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Apakah kerana adanya manusia yang macam ini akhirnya umat Islam yang tak bersalah dilabel teroris, agama Islam itu dikecam dan Nabi Muhammad s.a.w itu dihina?
Ketika berucap di majlis penutup Seminar Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri pada 8 Oktober 2006, Taib Mahmud mengajak umat Islam mendalami ajaran al-Quran serentak dengan proses menambah ilmu pengetahuan dunia.
Bagi pendapat Taib, dalam Islam, proses meningkatkan ilmu pengetahuan tidak dapat dipisahkan dengan proses pembersihan akhlak. Al-Quran antara lain telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam dapat membezakan perkara baik dan tidak baik.
Menurutnya, kemajuan yang dihasilkan oleh tamadun Barat pada masa ini tidak boleh ditolak bulat-bulat. "Apa yang baik kita ambil untuk manfaat, manakala yang buruk kita ketepikan." Malah Taib juga memberitahu bahawa umat Islam pada masa sekarang perlu bangkit untuk mengejar kemajuan yang sekian lama dipelopori Barat. Hebat Taib Mahmud berucap.
Pada majlis itu juga, Pehin Sri Taib melancarkan buku Singkang Penampih yang merupakan terjemahan bahagian tertentu dalam al-Quran ke dalam bahasa Iban. Terjemahan itu diusahakan oleh Majlis Islam Sarawak dan telah siap pada awal tahun ini.
Pelik Taib ini, suruh cari dunia ikut Barat sedangkan di Haji Wada, Rasulullah s.a.w berpesan, sesudah beliau wafat kembalilah kepada al-Quran dan sunnah. Islam itu dunia dan akhirat, awal dan akhir dan Nuzul Quran tak boleh dipisahkan dengan jihad, Perang Badar.
Semasa di London ketika memulakan penulisan trilogi buku Anak Omak Vs Anak Bapak, seperti biasa kedai buku adalah satu tempat yang saya tak pernah lupa. Manusia yang lupa membaca buku adalah manusia yang akan dilupakan oleh masyarakat kerana dia adalah manusia yang tak berguna. Dia boleh dianggap sebagai ‘sampah masyarakat’.
Nasib saya baik kerana saya terjumpa sebuah buku The Book Seller Of Kabul oleh Asne Seierstad yang merupakan antara The International Best Seller. Apa yang menarik mengenai buku ini ialah ia menceritakan bagaimana bila berkuasa pemimpin Taliban membakar dan memusnahkan buku-buku di perpustakaan. Dalam bukunya itu, Asne Seierstad menulis:
"Books printed by the Mujahedeen government and the Taliban are useless. This is how first-year schoolchildren learn the alphabet: ‘J is for Jihad, our aim in life, I is for Israel, our enemy, K is for Kalashnikov, we will overcome, M is for Mujahedeen, our heroes, T is for Taliban...
War was the central theme in maths books too. Schoolboys - because the Taliban printed books solely for boys - did not calculate in apples and cakes, but in bullets and Kalashnikovs."
Sekiranya pembaca yang cuma suka tengok kulit buku atau mempercayai kata-kata orang akan tertanya-tanya siapa yang saya nak jatuhkan? Siapa yang kena? Begitulah cemuhan setiap kali terbit buku baru. Saya telah dilabelkan sebagai ‘killer writer’ seperti Amerika melabelkan umat Islam selaku teroris, padahal mereka tak baca pun buku saya dari mula hingga akhir, apa lagi membaca yang tersirat.
Mungkin ada yang akan bertanya, kata hendak berhenti menulis buku politik, tapi sudah 50 buku tidak juga saya berhenti. Memang ikutkan hati lama sudah saya berhenti menulis dalam bahasa Melayu kerana tabiat orang Melayu tak suka membaca. Bila diambil kira menulis buku bukan lagi satu ‘fardu kifayah’ tapi telah dijadikan ‘fardu ain’ satu tanggungjawab ‘social responsibility’, bolehkah saya berhenti melakukan ibadah dakwah melalui penulisan? Saya ini hamba Allah yang hanya takut pada Allah. Saya tak terhutang hidup dengan manusia.
Allah memerintahkan mereka yang beriman supaya sentiasa berpesan dan ingat mengingatkan jika kita tidak mahu hidup dalam kerugian. Tegakkan amar makruf nahi mungkar (berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Buku ini bertujuan untuk mengingatkan anda semua bahawa selain daripada tanggungjawab terhadap Allah, anda diingatkan tentang tanggungjawab terhadap sesama manusia. Hablum minan nas. Manusia adalah makhluk yang lalai dan perlu diingatkan, termasuklah diri saya sendiri. Jangan cepat putus asa, jangan mudah kecewa. Jangan merajuk, orang tua kalau merajuk....buruk!
Berdiam diri bererti kita menerima Islam senama dengan keganasan dan terorisme. Tidak menafikan bererti kita terima yang wajah ‘militan Islam’ digunakan sebagai alasan menunjukkan umat Islam menyokong dan membenarkan keganasan dilakukan di atas nama agama sedangkan Islam itu agama yang membawa keamanan. Maka sebab itulah kita perlulah dedahkan perangai buruk pemimpin yang tak ada kena mengena dengan Islam.
Kita tahu ada pemimpin Islam yang terlibat dengan kemungkaran yang menjadi zionis melalui freemason namun akibat takut, nak jaga periuk nasi, kita berdiam seribu bahasa. Dan siapa yang cuba menonjolkan kebenaran memperjuangkan hak asasi manusia mengikut al-Quran dan sunnah, orang itu kita label sebagai penulis upahan atau cuba melakukan keganasan semata-mata mahu menutup bangkai gajah di depan mata.
Amerika bergabung dengan zionis menggunakan alasan melawan terorisme untuk menangkap, menyeksa dan membunuh sesiapa saja atau menyerang negara Islam menggunakan pemimpin Islam yang jadi boneka untuk menganiaya, mendiskriminasi rakyat di bawah pimpinan kuku besi. Patutkah kita berdiam diri?
Hendak jawab apa bila berdepan dengan Tuhan nanti? Siapa sebenarnya yang tidak bangun menentang Presiden Amerika dan Rumah Putih akibat serangan 11 Sepetember? Orang Islam?
Selemah-lemah iman adalah melihat satu kekejaman, kezaliman, ketidakadilan. Kita tidak bangun melawan dengan tangan, dengan kata-kata tapi hanya bercakap dalam hati ‘kasihan’. Inilah agenda dari trilogi Macam-Macam Ada.
Dalam menjalani kehidupan, manusia selalu atau sering mengalami ‘ketakutan’. Baik ketakutan yang sifatnya fizik mahupun ketakutan psikologi, sama ada ketakutan yang bersifat material mahupun non-material. Kedua-dua ketakutan ini boleh memberi kesan kepada dua perkara: menghindar dan mendekat. Pemimpin politik yang ada kaitan dengan zionis (Yahudi) akan menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘politik of fear’ ( politics of pre emptic striking).
Ketika kita cuba `menghindar’ sesuatu yang dilakukan, manusia tidak pula berusaha untuk `mendekati’ tuhannya padahal dia tahu Tuhan itu maha kuasa. Namun mereka mencari perlindungan dari manusia yang sama lemah sepertinya. Tulisan saya kali ini cuba menimbulkan persoalan kepada siapa atau kenapa kita harus menghindar dan mendekat. ‘Provocation, raising internal problems, in hopes of turning the tables’.
Bagaimana kita dapat melakukannya jika kita terus berada dalam keadaan sindrom takut?
Ketika takut pada harimau, kita berusaha menghindarinya dan mencari tempat untuk berlindung. Ketika takut pada kemiskinan, kita menghindarinya dengan bekerja keras agar bahaya kemiskinan tidak menimpa kita. Singkatnya, manusia perlu perlindungan demi keselamatan dirinya.
- Isti’adzah
Abdul Husain Dasteqhib
Inilah yang saya cuba sampaikan mengenai ketakutan rakyat Sarawak mengenai masa depan anak cucu pribumi yang merasa tidak selamat dibawah kepimpinan Taib Mahmood selaku Ketua Menteri.
Kenapa kali ini saya pilih tajuk Siapa Halang UMNO Masuk ke Sarawak? Pertama kerana Taib Mahmood dikaitkan dengan freemason, akibat hidup dalam era globalisasi ‘dunia tanpa sempadan’. Dalam penulisan tidak lengkap jika saya tidak cerita pasal Yahudi, pasal zionis, yang berkaitan dengan Israel yang cuba menguasai dunia dan menghapuskan genocide terhadap umat Islam.
Siapa yang menghalang dan tidak membenarkan Malaysia dan Indonesia menghantar tentera ke Lebanon untuk menyertai tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu kalau bukan Israel?
Analisa yang mengupas persoalan tentang benarkah punca UMNO tidak boleh masuk ke Sarawak adalah Taib Mahmood? Ramai yang berani sekadar ‘berani lalat’, bayangkan ke mana pergi dan menghilangnya semangat jihad? Apakah kerana Melayu terkenal dengan sifat taat setia, berbudi bahasa dan mudah ikut telunjuk sebenarnya?
Buku ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan dan menaikkan sesiapa, ianya sebagai satu tanggungjawab moral dan intelektual tentang sebuah keyakinan bahawa bersatu teguh bercerai roboh.
Sebenar mana pun sesuatu bangsa, seramai mana pun jumlah orang kita, sehebat mana pun kebolehannya, ia tetap tidak akan sampai ke mana-mana jika terus bergerak dalam kelompok-kelompok yang berasingan. Jika mahu jadi bangsa besar dan hebat setiap kelompok-kelompok mesti mampu menjadi satu. Mampu bergerak di jalan yang lurus ke arah matlamat yang sama, yang diredai Allah.
Siapapun tidak perlu bersetuju dengan pendapat saya, mudah-mudahan anda tidak tergolong orang yang berpasangka buruk, maka cubalah untuk tidak membenci isi buku ini sebelum selesai membacanya. Setelah itu, anda berhak untuk setuju, menolak atau berpendapat sendiri.

Humans are a blend of clay and souls, clearly stated in the story of Adam. The story of Adam is a story of humans, humans are the real meaning and the philosophy of this world. Humans start their struggles between souls and clay. Alas, God and satan are within humans themselves.
- Ali Shariati
On The Sociology of Islam
Janda Baik, Bentong, Pahang.

Tuesday, November 07, 2006

Bismillah Hirahmanirahim

Terlebih dahulu aku mengucapkan shukur kehadrat Ilahi serta salawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhamad S.A.W.

Entah kenapa malam ini agak sukar utk aku melelapkan mata, fikiranku asyik terkenangkan masa2 lalu sewaktu aku bersama teman2 berlatih bermain kompang marawis. Lalu tercetuslah idea aku untuk memasukkannya kedalam blog. Maka hari ini lahirlah blog “Cinta Salawat” J.

Kompang ini agak berlainan sikit dari kompang biasa, ianya bulat dan mempunyai dua bahagian yang boleh dipukul. Hajir adalah ibu kompang berdaimeter 45cm dengan tinggi 70cm, manakala marawis adalah anak kompang lebih kurang berdaimeter 20cm dan tinggi 19cm. Antara alat lain yang dimainkan bersama Hajir marawis ialah seruling.

Asal usul Hajir marawis ini mengikut Guru aku adalah dari Yaman. Dibawa dan dipopularkan di Indonesia oleh Arab Yaman dari keturunan Haba'ib (di malaysia terkenal dengan Syed). Alat ini biasanya dimainkan ketika majlis salawat (marhaban).Antara kumpulan yang terkenal di Indonesia ialah kumpulan Hajir Marawis Bondowoso.

Aku mula2 mempelajari marawis ketika aku masih bujang hinggalah anak kedua aku berumur setahun. Biasanya kami berlatih waktu malam kerana kebanyakan kami semuanya sudah bekerja. Lokasi latihan kami berubah2 hinggalah diberi keizinan utk berlatih di sebuah masjid di Bkt D. Latihan hanya boleh dimulakan selepas semua jemaah selesai solat Isyak. Ini kerana pukulan marawis ini agak kuat dan boleh didengar dari jarak lebih kurang 100 mtr.

Marawis ini mempunyai beberapa pukulan iaitu pukulan 1(tanya),2(jawab),rofel 1,2 dan 3. Dari segi rentak pula terdiri dari rentak zapin arab,sarah,baladi dan berbagai lagi rentak arab yang kebanyakannaya boleh di masukkan dengan hajir marawis.

Guru kami adalah seorang Haba'ib dari keturunan Al Attas. Beliau dalam lingkungan usia 30an. Cara beliau mengajar kami agak tegas (ala tentera), walaupun beliau sendiri tak pernah memasuki tentera J, Di Jakarta beliau terkenal dengan gelaran “MARAWIS”. Begitulah hebatnya beliau walaupun masih muda. Allahyaraham Ayahnda beliau juga adalah pemain Hajir yang Mashur di Indonesia.

Antara salawat yang dinyanyikan adalah dari buku Maulud Dibai (Dibak), serta beberapa buku lain, antara lagu yang sering kami mainkan ialah, Salawat Badar (Talaal Badrul Alaina), Ya Rasullah, (lagu aci2 buka pinta yang dinyanyikan oleh P.Ramli adalah meniru rentak Ya Rasulullah) Ya Nabi Salam Alaika, Sallah Ala Muhammad,Qul Ya azim, Annabi Sollu Alaih serta banyak lagi.

Pada mulanya agak sukar utk aku mempelajarinya almaklumlah sebelum ini aku tak pernah mempelajari sebarang kompang. Beliau sering menyarankan agar kami sering mendengar muzik agar mendapat rythem (tempo) agar pukulan sentiasa tepat mengikut tempo kerana jika pukulan pertama tersasar dari tempo maka pukulan kedua dan rofel sukar utk memasukinya, Ini kerana hajir marawis memerlukan kesefahaman dan kepekaan antara pemain. Pemain harus konsentrasi sewaktu bermain dan tidak boleh mengingati perkara lain. Cara memukulnya ialah dengan menggunakan seluruh permukaan tapak tangan mengenai marawis tersebut dan hanya mengerakkan sekitar pergelangan tangan dengan selemas yang mungkin. Antara latihan yang wajib dilakukan sendiri dirumah ialah latihan mengerakkan kedua tapak tangan secara berselang seli selemas-lemasnya(perkataan yang sering digunakan guruku beerti menggerakkan tapak tangan tampa menggerakan lengan dan bahu selembut yang mungkin tampa dipaksa).

Menurut guruku jika sudah mahir pukulan marawis menjadi lebih mudah untuk memukul percussion yang lain seperti kongga, darbuka, tamborin dan lain-lain.

Antara lain yang kami pelajari semasa latihan adalah tarian Zapin Arab. Ini adalah tarian yang paling aku gemari, walaupun aku kaki bangku hahahaha, aku yang tak pernah belajar menari sebelum ini telah terpikat dgn tarian ini. Ia mempunyai seninya yang tersendiri seperti kita menari sambil melakar kan huruf Lamalif (Lamjalalah).Ianya boleh dipelbagaikan seperti bepusing beberapa kali dilantai kemudian bangun semula mengikut rentak. Antara lain jika diamalkan boleh menyihatkan badan dan menguatkan kaki. Ada yang boleh menari tarian ini sehingga berjam2 lamanya.

Aku adalah antara bekas angota kumpulan yang agak mashor di Bkt D.Kami sering di jemput untuk majlis cukur jambul,kahwin,bertunang,masuk rumah baru, sambutan mauled nabi di tempat terbuka seperti KLCC, dan apa saja majlis yang inginkan salawat kami sudi menghadirinya. Tentang bayaran antara dari 1,500- 5000, bergantung pada majlis. Ada juga majlis yang kami lakukan dengan sukarela dengan hanya mangharap reredaan Ilahi dan keberkahan Rasulullah. Kerana besar fathilat Salawat keatas Nabi. Antara pencapaian tertinggi kumpulan ini membuat persembahan di rumah Tun semasa beliau masih P M dan Pak Lah semasa beliau masih T.P.M. dan juga beberapa menteri.

Buat masa ini aku berada diperantaun, di negara arab yang kaya dengan minyak. Walaupun hatiku agak berat utk meninggalkan kumpulan ini demi utk mencari rezeki aku terpaksa juga. Utk mempercepatkan membayar hutang2 rumah dan kereta yang aku tanggung terpaksalah berkorban. Hutang kereta aku dah hampir habis hanya tinggal utk beberapa bulan saja lagi. Alhamdullilah gaji aku disini agak lumayan juga, sebulan disini lebih kurang sama dgn 5 bln bekerja di tanah air .. Inilah yang membuatkan aku bertekad untuk keluar negara walaupun hanya utk setahun cuma.

Di Johor juga terdapat beberapa kumpulan yang mahir bermain alat Hajir Mariwis. Kebanyakan nya dari kumpulan Gambus. Mereka juga mahir menarikan tarian zafin serta sarah. Aku paling asyik memdengar irama gambus walaupun kebanyakan dimain kan dalam bahasa Arab. Ia menghiburkan rohaniku, kerana ketika asyik dengar irama ini lantas hati mengigatkan kepada pencipta lalu terucap dibibir "Ya Salam" "Ya Salam" "Ya Salam" ..

Guruku juga pernah dijemput mengajar kumpulan diJohor, Oleh kerana jarak dari K.L ke Johor agak jauh, beliau hanya sempat mengajar mereka beberapa kali sahaja. Beliau juga mahir bermain apa saja jenis percussion. Beliau juga pernah dijemput bermain bersama beberapa kumpulan Gambus yang mashur untuk persembahan secara life dan rakaman album.

Inshallah aku akan pulang ke tanah air pada awal tahun 2007. Dengan harapan dapat kembali bermain Haijir Marawis bersama teman2ku lagi. Walaupun hanya sekadar hiburan buat diriku. Yang paling aku rindukan adalah rentak zapin ,ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk aku pelajari. Tapi bila sudah dapat teknik pukulan, sukar untuk melupakannaya